Latar Belakang LarRich Empire

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

LARRICH EMPIRE SDN BHD di asaskan oleh Muhamad Shaharudin bin Hashim dan Nur Rahaida Bt Abd Halim . Syarikat memulakan operasi perniagaan pada 10 Januari 2018.
Pengalaman selama 14 tahun dalam industri kecantikan dan kesihatan serta networking menjadi sandaran dalam memacu perjalanan mendaki puncak kejayaan.
Perniagaan yang berkonsepkan Trading Bersistem ini bersesuaian dengan kehendak pelanggan dan juga ‘pemain-pemain’ industri.
Di LarRich Empire Sdn Bhd, kami menyediakan produk Minuman Gaya Hidup Sihat berkualiti tinggi dengan LIMA ramuan rahsia terbaik sesuai dengan tema “Bring Your Happiness” melalui jenama LARRICH TEH TARIK. Produk pertama yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Misi Syarikat menjadikan LarRich Minuman Gaya Hidup Sihat No 1 di Malaysia yang pastinya memberi kebahagian dan kegembiraan!

Visi syarikat membantu merealisasikan impian kesihatan dan keewangan anda.

Selain dari produk yang berkualiti tinggi, pihak syarikat menyediakan PLAN PERNIAGAAN yang komprehensif dan efektif kepada semua agen. Agen berpeluang menjalankan perniagaan dan mencipta pendapatan minima RM500 sehingga RM100 ribu sebulan. Agen perlu rebut peluang sebaik mungkin. Pelajari ilmu-ilmu perniagaan yang di sediakan oleh pihak syarikat.
Pihak syarikat berbesar hati menjemput semua agen untuk hadir ke HQ LarRich Empire yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin Ladang.
Pihak syarikat juga telah bangunkan sistem pendidikan sendiri yang di namakan LARRICH EDUCATION CENTER (LEC). Setiap agen boleh datang belajar dan dapatkan maklumat yang lengkap untuk cipta pendapatan lumayan.
Bagi mengukuhkan jenama, pihak syarikat telah mengadakan usahasama dengan Agensi Pelancongan Negeri Terengganu dan bermula 1 JUN 2018 tertera di kotak LarRich logo “BEAUTIFUL TERENGGANU MALAYSIA”. LARRICH EMPIRE menjadi duta kecil kepada pelancongan Terengganu di mana Terengganu terkenal dengan “NEGERI CANTIK BUDAYA MENARIK DAN ORANGNYA BAIK-BAIK”. Sumbangan kecil LarRich dalam memperkenalkan Terengganu di mata dunia. Barakallah.
Tanggal 1 OGOS 2018 secara rasminya LarRich Teh Tarik mendapat pengiktirafan Kelulusan Halal JAKIM. Alhamdulillah, keyakinan dan kepercayaan terhadap jenama LarRich telah di pertingkatkan.

Bagi meningkatkan lagi Jenama LarRich di pasaran, LarRich Teh Tarik menjadi Minuman Pilihan TV Al Hijrah setiap pagi Ahad dalam Segmen TEH TARIK SESSION. Bermula bulan Februari 2018 hingga kini.
Bertarikh 16 Feb 2019 LarRich empire HQ telah melancarkan produk ke 2 iaitu LarRich Coffee. Dengan menggunakan biji kopi terbaik dari Brazil dan gabungan LIMA RAMUAN TERBAIK menjadikan LarRich Coffee Minuman Gaya Hidup Sihat yang wajib di ambil oleh setiap orang. Produk ke 2 di rasmikan oleh Pengurus Kanan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu Tuan Haji Zulkifli Yunos. Alhamdulillah sambutan luar biasa hebat.
Kini produk LarRich sudah di pasarkan di Singapore dan terbaru di Saudi Arabia. Bagi mereka-mereka yang mengerjakan Umrah dan Haji, boleh dapatkan produk LarRich di D’Saji Restoran Makkah.
Alhamdulillah. Tanggal 14 December 2019, LarRich Empire Sdn Bhd menerima Anugerah USAHAWAN MILLENIUM DUID TERENGGANU 2019 sempena Majlis APRESIASI USAHAWAN MELAYU TERENGGANU (MAPUMT) 2019. Pembakar semangat menuju kejayaan yang lebih besar di waktu mendatang. Terima Kasih.
KERANA IMPIAN MANUSIA BERJAYA!! Pastinya setiap agen mempunyai impian tersendiri. Kami cuba merealisasikan impian setiap agen. Kemahuan agen untuk ‘upgrade’ diri dan bergerak maju di alu-alukan.

Pihak syarikat mengucapkan ribuan terima kasih kerana mempercayai jenama LARRICH. LARRICH membuatkan ramai orang ceria kembali selepas menikmati aroma exotic dan rasa musky yang unik bersesuaian dengan tema yang di bawa.

TERIMA KASIH

CEO LARRICH EMPIRE SDN BHD
Founder Produk LarRich Teh Tarik dan Produk LarRich Coffee