Darjeeling Tea

Darjeeling Tea

Teh Darjeeling adalah teh Hitam yang dibuat dari daun teh yang berasal dari perkebunan teh di daerah Darjeeling Benggala Barat INDIA. Teh ini berkualiti tinggi sehingga mendapat jolokan “The Champagne of Teas (RAJA TEH).

Air prosesan teh Darjeeling berwarna terang dengan aroma yang lebih harum di bandingkan jenis teh hitam lain. Perbezaan suhu udara antara panas dan sejuk yang terbaik di daerah pergunungan tinggi Darjeeling menghasilkan teh dengan aroma yang sangat harum ( Eksortik).
Teh Darjeeling terbaik dan termahal disebut oleh peminat teh sebagai “muscatel”, kerana aroma wangi tersendiri seperti flora dan rasa musky yang unik serta “manis” seperti anggur muskat .Teh seperti ini sangat disukai di Eropah dan negara-negara bekas koloni Inggeris dan juga Amerika. Darjeeling tea merupakan TEH HITAM paling premium di dunia.

Bulan Jun merupakan waktu Second flush (pemetikan kedua), Daun teh yang dipetik pada bulan Jun, selepas di proses airnya berwarna kuning sawa dan teh rasa lebih pekat. Musim pemetikan kedua menghasilkan teh Darjeeling kualiti tertinggi dan terbaik yang dikenal memiliki aroma “muscatel”.

Leave a Reply