Al-Manna

Al-Manna

وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنْزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Manna” dan “Salwa”, (serta Kami berfirman): “Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (Al-Baqarah 57)

Al manna atau Gum arabic dikenal sebagai makanan kesihatan atau serat makanan (dietary fiber), yang sering juga dikenali dengan Gam Arab, di dunia industri makanan, nama Gum Arabic lebih di kenal sebagai emulsifier dengan kod E414. Tetapi orang Arab di Afrika dan Semenanjung Arab lebih mengenali produk ini sebagai Gum Arabic (atau Samghu ‘Arabi dalam bahasa Arab). Mungkin sebahagian besar daripada orang Arab, kalau tidak semua, tidak tahu apa itu Gum arab .

Gum Arab dihasilkan daripada getah pohon Acacia yang mengeras menjadi damar berupa kristal. Getah yang keras ini diambil daripada batang, dahan dan ranting pohon ini. Kualiti yang terbaik banyak terdapat di sebelah barat negara Sudan. Gum Arab berwarna jernih keperangan, rapuh dan tidak mempunyai rasa yang kuat.

Leave a Reply